prasekolah cikgu lia
Ahad, 17 Mac 2013
qisya umairah bt shamsul zuhaini...
kelahiran yang istimewa...walupun setiap anak-anak ade ceritanya tersendiri...namun bby qisya adalah kelahiran yang istimewa...istimewa kerana dia di lahirkaan sewaktu kandungan berusia 28 minggu dengan beratnya ketika itu 860 gm...walaupun terlalu kecil, namun ia di lahirkan secara pemedahan kerana jantungnya yang semakin lemah...dengan keyakinan dan harapan agar bby qisya dapat menjalani kehidupan seperti bby yang bersalin cukup bulan...(panjang cite..malas nak taip...gambar qisya pun takde...die tak kuar lagi.. tapi kate doktor skrang die just nak bagi tambah berat badan je...paru-paru dan juandis dah takde...lega hati ummi dengar...sayang sangat sume ank-anak ummi..!!)
kelahiran pramatang
tak pernah terfikir nak dapat bby pra matang ni...kalo boleh memang nak elak...tapi ni sume ketentuan ALLAH SWT nak menguji hambanya...dan aku tau kenapa ujian ini di beri...tapi biarlah hanya aku seorang je yang tahu..dan berdoa sesangat semoga ALLAH panjangkan umur qisya (hidup dalam keadaan baik) umairah dan sempurnakan hidupnya seperti kanak-kanak yang lain...-amin-
Sebelum waktu bersalin tiba, bayi akan berada selama 38 ke 42 minggu
untuk keseluruhan tempoh kehamilan. Jika kelahiran sudah berlaku
antara 20 ke 37 mingggu dalam tempoh kehamilan, ia dipanggil sebagai
kelahiran pramatang.
Bayi pramatang selalunya akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan
organ mereka untuk jangka masa panjang, terutama sekali jantung dan
hati mungkin belum sepenuhnya terbentuk dan matang selepas dilahirkan.
Bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu mungkin mempunyai peluang
yang tipis untuk hidup. Jika wanita tersebut ingin meneruskan
kehamilan sehingga 32 minggu dari tempoh kehamilan, kemungkinan bayi
tersebut akan mengalami kurang masalah berbanding kehamilan awal.
Semakin awal tempoh kelahiran, semakin tinggi risiko seorang bayi
mengahadapi masalah kesihatan yang serius.
Punca
Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung,
malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul.
Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum
waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor
risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran
pramatang:
1. |
Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang. (mu\y hubby bby pramatang gak dulu)
|
2. |
Sesetengah
komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi
dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta
abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
|
3. |
Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.(hm..slalu gak kencing kotor)
|
4. |
Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
|
5. |
Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
|
6. |
Kehamilan kembar.
|
7. |
Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
|
8. |
Tidak
kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini
mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
|
9. |
Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
|
10. |
Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
|
11. |
Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.
|
Risiko Terhadap Bayi
Seperti kenyataan di atas, bayi pramatang cenderung untuk menghadapi
masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup.
Semakin awal bayi anda dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah
kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang ialah termasuk:
1. |
Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
|
2. |
Kesukaran
untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir
memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
|
3. |
Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
|
4. |
Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
|
5. |
Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.
|
Simtom dan Tanda-tanda Kelahiran Pramatang
Apabila mendapati ada tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin sebelum
tarikh jangka bersalin (TJB) tidak bermakna anda akan bersalin tidak
lama lagi. Sesetengah orang yang berpengalaman menghadapi tanda-tanda
dan simtom-simtom bersalin (TJB) mampu menguruskan kehamilan hingga ke
tarikh tersebut. Bagaimanapun, jika anda mengalami tanda-tanda dan
simtom-simtom seperti di bawah, sila berjumpa doktor anda secepat yang
mungkin untuk mendiagnosis jika anda mengalami tanda-tanda bersalin
pramatang atau sekadar menghadapi pengecutan otat rahim (contraction).
Doktor anda akan cuba untuk melambatkan waktu bersalin selagi boleh.
1. |
Mengalami pengecutan rahim (contraction) yang tidak berhenti.
|
2. |
Sentiasa berasa kejang di perut.
|
3. |
Berasa sakit dibahagian bawah badan,belakang dan punggung yang tidak henti-henti.
|
4. |
Terdapat air yang berwarna merah cerah dan merah pekat yang keluar dari faraj.
|
5. |
Merasa bayi menekan dibawah.
|
Rawatan
1. |
Melambatkan waktu bersalin dengan ubat yang diberikan oleh doktor.
|
2. |
Jika berlaku pecah ketuban, ubat akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan.
|
3. |
Corticosteroid akan diberikan untuk membantu organ bayi anda matang.
|
4. |
Membenarkan kelahiran awal jika mendapati ibu dan anak terlepas dari risiko selepas bersalin.
|
Apakan keperluan bayi pramatang?
- Haba atau
kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak
secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu
diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat
pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan. - Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana
sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak
cukup bulan.
Apakah makanan untuk bayi pramatang?
Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh
menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan
pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi
sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.
Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein
membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi
pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat
formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk
meninggikan lagi khasiat.
Masalah bayi pramatang
- Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.
Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan
sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih
bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi
jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan
bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
- Apnea
Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada
masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin
kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
- Anemia (kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini
mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu
serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan
secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk
bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.
Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan
sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai
surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
lebih baik.
Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin
memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan
surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
pernafasan.
- Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi
pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit
sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum
bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara
membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.
Patent Ductus Arteriosus(PDA)
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkansalur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia bolehmengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang bolehmengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.
Masalah Retina ( Retinopathy of Prematurity)
Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi
pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan
yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan
oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak
dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.
Berpantang cara pemedahan
Ramai di kalangan kita yang kurang pengetahuan berkaitan dunia kehamilan dan kelahiran, ramai ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mengambil berat tentang penjagaan ketika dalam pantang. Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. Oleh yang demikian, penjagaan ibu bersalin dengan kaedah ini selalunya mengambil masa yang lebih lama. Dengan itu, tempoh pantangnya juga lebih panjang daripada ibu-ibu yang bersalin secara normal. (oleh itu pilih lah bersalin secara normal ye kalo takde pape masalah..)
Ibu yang bersalin secara pembedahan perlu menjaga pantang pemakanan selama 100 hari dan pantang berjimak sekurang-kurangnya 50 hari. Petua-petua ini sangatlah penting diamalkan dengan tekun kerana keberkesannya telah terbukti. Amalan berpantang dapat mempertahankan kesegaran ujud anggota seseorang wanita agar kembali awet muda. Rata-rata telah terbukti bahawa ibu-ibu pengamal herba dan rawatan tradisional tampak lebih sihat serta anggun daripada gadis!.
Penjagaan Dan Rawatan Luaran
Mereka yang bersalin secara pembedahan lebih mudah mengalami masalah pengumpulan dan penyekatan angin, atau banyak angin. Akibatnya tubuh menjadi lembik, kendur dan tidak mantap walaupun melakukan banyak senaman. Mungkin secara fizikal kelihatan cantik serta langsing, tetapi otot dan sendi lazimnya mengalami penyakit angin sejuk atau panas seperti artritis, kebas-kebas sendi dan reumatisme. Saluran sulit menjadi longgar, kurang daya kemutan, berair atau terlalu kering dan mudah berpenyakit keputihan yang boleh menyebabkan hakisan mulut rahim dan ketumbuhan kecil seperti sista atau polip.
Lazimnya ibu yang melahirkan secara pembedahan lambat mendapat bentuk badan yang asal, terutama di bahagian perut dan pinggang. Untuk itu, rawatan secara tradisional harus dilakukan dengan sempurna dan teratur agar dapat mengembalikan keadaan ibu balik perawan. Amalan ini adalah untuk mengelakkan daripada bentan urat peranak serta keracunan luka pembedahan. Minuman herba juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Ibu dalam pantang bersalin pembedahan perlu mengikut pantang larang pemakanan sebagimana ibu bersalin normal.
Panduan Cucian Bahagian Sulit
Ibu bersalin secara pembedahan perlu mengamalkan cucian di bahagian sulit sebagaimana ibu-ibu yang melahirkan secara normal. ini kerana walaupun tiada luka jahitan, ibu-ibu tetap mengalami keluaran darah nifas. Penjagaan kebersihan serta kesihatan diri adalah amat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman, bau busuk atau hanyir di bahagian sulit, selain menjaga kesegaran tisu-tisu faraj.
Panduan Rawatan Tuaman Batu Atau Besi (bertungku)
Rawatan tuaman dan berbengkung dapat memecahkan angin dan lendir serta melancarkan aliran darah. Sebaik-baiknya tuaman dilakukan dua kali sehari pada waktu pagi sebelum masuk tengahari dan pada sebelah petang selepas waktu zuhur. Rawatan tuaman dilakukan ke atas seluruh badan, termasuk di bahagian perut serta luka pembedahan dengan hanya meletakkan batu tuam atau tungku besi secara lembut tanpa perlu menekan atau mencungkil urat.
Panduan Mandian
Sebelum mandi, lakukan rawatan berlulur seperti mana ibu bersalin normal. Selepas itu, lakukan mandian dengan air rebusan daun-daun yang mudah didapati pada masa kini.
Panduan Berbarut Atau Berbengkung
Ibu dalam pantang bersalin secara pembedahan perlu mempraktikkan rawatan berbengkung atau berbarut yang ringan ikatannya, atau boleh juga mengenakan strap on binder. Pemakaiannya harus dimulakan pada hari yang berikutnya selepas bersalin.
Mula-mula sapu minyak urut herba di bahagian perut dan di atas jahitan, di bahagian pinggang serta pinggul. Lakukan rawatan berbarut ini selama dua minggu berturutan walaupun masih terasa jahitan pembedahan.
Selepas ini selama dua minggu yang berikutnya perketat ikatan barut atau binder. Selepas empat minggu bolehlah digunakan barut dan sapuan ubat bersalin secara normal. pakai barut itu selama dua minggu iaitu hingga hari ke 44. Boleh juga digunakan barut sehingga 100 hari.
Tujuan berbarut adalah untuk membantu mempercepatkan proses mengecutkan rahim dan memecahkan angin lendir bertoksik. Selain itu, ketulan darah nifas dapat dikeluarkan dengan sempurna. Dengan cara ini, ibu bersalin pembedahan akan dapat mengelakkan daripada terasa sengal atau pedih di bahagian luka jahitan, ketegangan pada bahagian pelvis dan ngilu atau sengal apabila berjimak selepas tempoh berpantang kelak.
Tanpa rawatan ini, ibu-ibu bersalin secara pembedahan mudah mengalami keadaan perut buncit dan menggeleber serta berasa sakit atau lenguh di bahagian pinggang atau pinggul sehingga boleh melarat ke bahagian betis dan tumit. Jikalau dibiarkan dengan hanya rawatan moden, iaitu diberi suntikan dan ubat penahan sakit, lazimnya penyakit tersebut akan berulang kembali pada hari kemudian.
Ini mudah dijelaskan kerana suntikan dan ubat penahan sakit hanya menahan atau melegakan rasa sakit buat seketika atau merawat tanda-tanda penyakit, dan bukan merawat punca yang sebenarnya. Sebaliknya penyakit yang sedia ada itu akan melarat ke bahagian lutut serta pinggang, yang menandakan keadaan sudah menjadi lebih serius. Keadaan ini mengganggu pergerakan fizikal dan seterusnya mempercepat penuaan sebelum masa. Penyebab penyakit ini berpunca daripada ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranak, ari-ari dan celahan paha
Sabtu, 17 November 2012
anggota badan
ok bagi tema anggota badan pulak, banyak yang guru boleh ajarkan..untuk tunjang sains dan teknologi aktivi merasa makanan boleh di lakukan. tapi biasenya kanak-kanak sukekan aktivi bermain. tak pun yang melibatkan kreativiti. kanak-kanak seronok melihat hasih kerja yang mereka buat. jom tengok idea-idea guru-guru prasekolah ni..
aktiviti di bawah ni boleh di lakukan mengikut jantina murid dan mengikut kumpulan. seorang murid di minta melukis seorang orang keertas. mesti mereka teruja sangat nak tengok hasilnya.
aktiviti ni bawah ni melibatkan lembaran kerja murid. bagi murid 5 tahun yang baru nak kembangkan psikomotor halus mereka sesuai melakukan aktiviti seperti di bawah dengan pengawasan guru dan pembantu.
idea ni boleh juga di gunakan untuk tema serangga. tapi anggota badan pun boleh, sebab menggunakan jari |
aktiviti di bawah ni boleh di lakukan mengikut jantina murid dan mengikut kumpulan. seorang murid di minta melukis seorang orang keertas. mesti mereka teruja sangat nak tengok hasilnya.
aktiviti ni bawah ni melibatkan lembaran kerja murid. bagi murid 5 tahun yang baru nak kembangkan psikomotor halus mereka sesuai melakukan aktiviti seperti di bawah dengan pengawasan guru dan pembantu.
tunjang bahasa. murid juga di kenalkan dengan huruf m |
aktiviti gunting dan tampal |
tunjang bahasa (English) |
awal matametik |
Rabu, 10 Oktober 2012
tema serangga
bagi tema serangga, P&P yang seronok nak ajar pada budak-budak pra ialah melihat kitaran hidup rama-rama, menyanyi lagu rama-rama, membuat capan rama-rama. nak tengok contoh kat bawah ni boleh la..
ok video kalo anak murid pintar memang suke tengok. selain kitaran hidup rama-rama, kitaran hidup mentadak mentadu dengan nyamuk pun murid-murid boleh tengok.
Ahad, 23 September 2012
visi dan misi prasekolah KPM
VISI
"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"
MISI
"Membangunkan
Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan
Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara."
Langgan:
Catatan (Atom)