tak pernah terfikir nak dapat bby pra matang ni...kalo boleh memang nak elak...tapi ni sume ketentuan ALLAH SWT nak menguji hambanya...dan aku tau kenapa ujian ini di beri...tapi biarlah hanya aku seorang je yang tahu..dan berdoa sesangat semoga ALLAH panjangkan umur qisya (hidup dalam keadaan baik) umairah dan sempurnakan hidupnya seperti kanak-kanak yang lain...-amin-
Sebelum waktu bersalin tiba, bayi akan berada selama 38 ke 42 minggu
untuk keseluruhan tempoh kehamilan. Jika kelahiran sudah berlaku
antara 20 ke 37 mingggu dalam tempoh kehamilan, ia dipanggil sebagai
kelahiran pramatang.
Bayi pramatang selalunya akan mempunyai masalah kesihatan berkaitan
organ mereka untuk jangka masa panjang, terutama sekali jantung dan
hati mungkin belum sepenuhnya terbentuk dan matang selepas dilahirkan.
Bayi yang dilahirkan sebelum 24 minggu mungkin mempunyai peluang
yang tipis untuk hidup. Jika wanita tersebut ingin meneruskan
kehamilan sehingga 32 minggu dari tempoh kehamilan, kemungkinan bayi
tersebut akan mengalami kurang masalah berbanding kehamilan awal.
Semakin awal tempoh kelahiran, semakin tinggi risiko seorang bayi
mengahadapi masalah kesihatan yang serius.
Punca
Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung,
malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul.
Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum
waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor
risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran
pramatang:
1. |
Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang. (mu\y hubby bby pramatang gak dulu)
|
2. |
Sesetengah
komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi
dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta
abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
|
3. |
Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.(hm..slalu gak kencing kotor)
|
4. |
Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
|
5. |
Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
|
6. |
Kehamilan kembar.
|
7. |
Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
|
8. |
Tidak
kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini
mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
|
9. |
Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
|
10. |
Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
|
11. |
Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.
|
Risiko Terhadap Bayi
Seperti kenyataan di atas, bayi pramatang cenderung untuk menghadapi
masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup.
Semakin awal bayi anda dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah
kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang ialah termasuk:
1. |
Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
|
2. |
Kesukaran
untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir
memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
|
3. |
Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
|
4. |
Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
|
5. |
Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.
|
Simtom dan Tanda-tanda Kelahiran Pramatang
Apabila mendapati ada tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin sebelum
tarikh jangka bersalin (TJB) tidak bermakna anda akan bersalin tidak
lama lagi. Sesetengah orang yang berpengalaman menghadapi tanda-tanda
dan simtom-simtom bersalin (TJB) mampu menguruskan kehamilan hingga ke
tarikh tersebut. Bagaimanapun, jika anda mengalami tanda-tanda dan
simtom-simtom seperti di bawah, sila berjumpa doktor anda secepat yang
mungkin untuk mendiagnosis jika anda mengalami tanda-tanda bersalin
pramatang atau sekadar menghadapi pengecutan otat rahim (contraction).
Doktor anda akan cuba untuk melambatkan waktu bersalin selagi boleh.
1. |
Mengalami pengecutan rahim (contraction) yang tidak berhenti.
|
2. |
Sentiasa berasa kejang di perut.
|
3. |
Berasa sakit dibahagian bawah badan,belakang dan punggung yang tidak henti-henti.
|
4. |
Terdapat air yang berwarna merah cerah dan merah pekat yang keluar dari faraj.
|
5. |
Merasa bayi menekan dibawah.
|
Rawatan
1. |
Melambatkan waktu bersalin dengan ubat yang diberikan oleh doktor.
|
2. |
Jika berlaku pecah ketuban, ubat akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan.
|
3. |
Corticosteroid akan diberikan untuk membantu organ bayi anda matang.
|
4. |
Membenarkan kelahiran awal jika mendapati ibu dan anak terlepas dari risiko selepas bersalin.
|
Apakan keperluan bayi pramatang?
- Haba atau
kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak
secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu
diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat
pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan. - Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana
sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak
cukup bulan.
Apakah makanan untuk bayi pramatang?
Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh
menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan
pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi
sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.
Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein
membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi
pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat
formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk
meninggikan lagi khasiat.
Masalah bayi pramatang
- Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.
Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan
sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih
bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi
jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan
bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
- Apnea
Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada
masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin
kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.
- Anemia (kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini
mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu
serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan
secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk
bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.
Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan
sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai
surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
lebih baik.
Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin
memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan
surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
pernafasan.
- Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi
pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit
sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum
bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara
membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.
Patent Ductus Arteriosus(PDA)
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkansalur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia bolehmengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang bolehmengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.
Masalah Retina ( Retinopathy of Prematurity)
Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi
pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan
yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan
oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak
dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan